Monday 21 May 2012

Minggu     : 11
Hari          :
Tarikh       : 
Masa        :


       Hari ini kelas diteruskan lagi setelah Puan Afzan Maria pulang dari menjalani 'viva' bagi memenuhi keperluan ijazah PhD beliau. Alhamdulillah puan lulus. Hari ini puan memberikan penjelasan yang lebih terperinci lagi mengenai prosedur-prosedur penubuhan tadika iaitu mengenai 'budget' dalam membuka sesebuah tadika. 'Budget' atau lebih dikenali sebagai modal yang diperlukan bagi membuka sesebuah tadika. Antara perkara yang perlu diambil kira adalah sebab belanjawan ini diperlukan bagi membuka tadika seperti belanjawan yang diperlukan untuk membeli peralatan di dalam kelas, bahan bantu mengajar, membayar gaji pekerja dan sebagainya yang berkaitan dengan modal untuk membuka tadika.

           Cara-cara untuk memperolehi modal atau peruntukan belanjawan ini juga dibincangkan dalam kelas. Keadaan ini kerana terdapat badan-badan NGO dan badan-badan kerajaan yang menyediakan peruntukan dan pinjaman bagi membuka sesebuah tadika. Melalui perbincangan ini, saya dapat mengetahui bahawa terdapat belanjawan dan modal yang diperuntukkan untuk membuka sesebuah tadika. Dengan ini akan lebih memudahkan bagi bakal-bakal pengusaha taska dan tadika yang baru dan mahu membuka perniagaan dalam bidang ini. Bab ini juga boleh membantu pelajar dalam membuka dan menguruskan belanjawan dan modal dalam membuka sesebuah tadika atau taska.

            Perbincangan dalam kelas pada hari ini juga diteruskan kepada 'marketing plan'. 'Marketing plan' merupakan perancangan pemasaran bagi tadika yang ditubuhkan. Pemasaran penting dalam mempromosikan tadika yang ditubuhkan. Keadaan ini penting bagi memastikan tadika yang dibuka mendapat tempat dalam pemasaran. Pemasaran boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti menggunakan media cetak, media elektronik, poster, 'banner' dan sebagainya. Sebelum pemasaran dibuat, pengusaha tadika terlebih dahulu perlu mengkaji dan menyelidik pesaing-pesaing yang berada di persekitaran dalam membuka tadika tersebut. 
Minggu       : 10
Hari            :
Tarikh         :
Masa          :


      Hari ini saya menghadiri kelas Pengurusan Kurikulum Awal Kanak-kanak. Kelas pengurusan pada hari ini membincangkan tentang akta-akta yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam pengurusan kanak-kanak termasukalah pengurusan awal kanak-kanak tidak kiralah dalam pengurusan pembelejaran atau pengurusan harian kanak-kanak. Terdapat pelbagai akta yang diperuntukkan dalam kerajaan untuk pengurusan harian kanak-kanak iaitu seperti akta pengasuhan pada tahun 1984. Akta ini memberi peringatan kepada para pengasuh atau guru awal kanak-kanak bagi mengetahui perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh mereka dalam cara pengasuhan kanak-kanak. Akta ini juga membolehkan para pengasuh dan guru tidak melakukan tindakan yang sewenang-wenangnya terhadap kanak-kanak dalam perlakuan mereka.

     Undang-undang mengenai perlindungan terhadap kanak-kanak di Malaysia juga boleh dilihat seawal tahun 1947 dengan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda, Akta Mahkamah Juvana 1947. Akta Perlindungan Wania dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-kanak pada 1991. Walau bagaimanapun, menyedari hakikat bahawa terdapat keperluan untuk mengubah hala tuju konsep perlindungan terhadap kanak-kanak dan juga mengakui bahawa perlunya pembaharuan dalam undang-undang sejajar dengan perkembangan semasa, maka satu akta yang khusus dan komprehensif mengenai kanak-kanak telah digubal dan diluluskan iaitu Akta Kanak-kanak 2001 (selepas ini akan disebut Akta 611) dan telah berkuat kuasa pada 1 Ogos 2002. Tajuk panjang Akta 611 berbunyi:

Suatu Akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Akta 611 merupakan satu Akta yang merangkumi pelbagai isu penting mengenai kanak-kanak. Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta 611 adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapaatau penjaga dalam memelihara kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak, penubuhan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, prosedur perbicaraan, hukuman dan sebagainya.

Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) (selepas ini dirujuk sebagai Akta 611) hanya mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2002, walaupun ia telah diluluskan pada tahun 2001. Akta 611 telah memansuhkan tiga statut yang lain, iaitu Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973, dan telah menggabungkan undang-undang berkenaan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak.

       Beberapa aspek undang-undang keluarga telah dikenal pasti dan membuat satu perbandingan di antara Akta 611 dan undang-undang yang sedia ada berkenaan dengan aspek tersebut, dan melihat sama ada Akta 611 telah mengukuhkan lagi undang-undang berkenaan perlindungan kanak-kanak dan dalam melindungi kepentingan-kepentingan mereka. Melalui undang-undang dan akta yang telah disediakan dan yang telah tertakluk ini membolehkan pengurusan kanak-kanak menjadi lebih teratur dan terbimbing, nasib kanak-kanak juga akan terbela. Bakal-bakal pengusaha taska dan tadika juga perlu mengetahui akta-akta yang diperuntukkan bagi kanak-kanak dan memastikan pengusaha dan pengurusan taska serta tadika dapat menjalankan kerja mereka dengan baik seiring dengn peraturan dan undang-undang kerajaan.
Minggu            : 9
Hari                 : 
Tarikh              :
Masa               :

       Hari ini saya terbaca tentang pengurusan tingkah laku kanak-kanak prasekolah dari laman Scribd. Menurut laman ini tingkah laku kanak-kanak boleh terhasil dalam dua keadaan iaitu tingkah laku negatif dan tingkah laku positif. Penghasilan Tingkah laku kanak-kanak yang berbeza ini boleh terhadil daripada pelbagai sebab antaranya faktor persekitaran yang menyebabkan salah laku, penderaan kanak-kanak, persamaan emosi yang diluahkan dengan penderaan dan banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi.


  • Faktor Persekitaran yang Menyebabkan Salah Laku
        Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor-faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus kepada peperiksaan. Murid akan merasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan serta tidak menarik dan tidak mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah. seterusnya keadaan fixikal sekolah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif (Saayah Abu, 2008).


  • Penderaan Kanak-kanak
       Penderaan fizikal, mental dan emosi seiring menjadi topik yang sering dilaporkan oleh media massa. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya disamping penjagaan yang berterusan. Mereka sering kali mengancam, mengutuk ataupun menyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat oleh orang lain. Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan terdorong untuk bertindak negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak suka didekati oleh orang lain atau sebaliknya bersikap mahu melepaskan dendam terhadap kanak-kanak lain yang dianggap lebih lemah daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan semula apa yang dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak lain disekelilingnya.

       Namun begitu, menurut Rosenberg (1987) dan Saayah Abu (2088), kanak-kanak yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk dirinya tanpa mengharapkan orang lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah. Biasanya kanak-kanak tidak mudah menerima kesan akibat penderaan emosi. Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak semua kanak-kanak dalam satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan apabila emosi mereka didera.


  • Persamaan Emosi yang Diluahkan dengan Penderaan
      Menurut Leff et al (1985) dalam Saayh Abu (2008), terdapat tiga kategori tingkah laku ibu bapa yang disifatkan sebagai tingkah laku mendera emosi kanak-kanak, penolakan, pengasingan dan sikap tidak peduli didapati mempunyai persamaan dengan tingkah laku penjaga ataupun ahli keluarga pesakit skizofenia. Tingkah laku ini dikenali sebagai tingkah laku menunjukkan emosi yang dipercayai dapat menentukan masa depan pesakit skizofenia. Ahli keluarga yang menunjukkan sikap penolakan, pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap mengkritik dikira sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi. Sekiranya pesakit skizorfenia hidup bersama ahli keluarga yang menunjukkan tahap meluahkan emosi yang tinggi, maka pesakit ini sukar pulih walaupun ubat-ubatan telah diberi dengan cukup.


         Berdasarkan kepada perbincangan ini, guru haruslah sentiasa mengawasi dan melihat perubahan tingkah laku yang berlaku kepada kanak-kanak di dalam kelas. Keadaan ini kerana perubahan tingkahlaku yang dialami oleh kanak-kanak mungkin membawa makna yang tertentu dan memerlukan bantuan orang lain. Kanak-kanak merupakan individu yang memerlukan orang dewasa bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan dalam hidup mereka. jika mereka tidak dibantu dan dirawat, mereka akan mengalami masalah yang besar dalam hidup mereka. kanak-kanak akan mengalami pertumbuhan diri yang tidak sihat. Di sini, orang dewasa termasuk guru haruslah mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi membantu kanak-kanak. 
Minggu            : 8
Hari                 :
Tarikh              :
Masa                :


            Kini sudah banyak organisasi yang mengadakan kursus bagi seseorang individu membuka taska dan tadika. Dalam saya menyiapkan poster untuk tadika, saya telah menjumpai beberapa laman sosial yang mengenakan perkhidmatan ini. Sebagai contohnya laman ini BENGKEL TASKA TADIKA di http://www.bengkeltaskatadika.com/. Laman ini menyediakan Bengkel Panduan Lengkap Membuka Perniagaan Taska & Tadika. Laman ini dilihat merupakan antara salah satu laman yang menarik untuk dilayari, melalui laman ini pengguna internet boleh mengetahui perkara-perkara yang diperlukan bagi membuka sesebuah tadika atau taska. Antara tips yang dikongsi adalah tips untuk perniagaan taska dan tadika iaitu:

i)                    Pendaftaran:
-          Taska perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tadika berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri. (JPN).

ii)                  Persekitaran yang bersih dan selamatp:
-          Sila pastikan kebersihan kawasan sekitar taska atau tadika pada tahap yang memuaskan.

iii)                Lokasi
-          Sila pilih lokasi taska atau tadika yang strategik, mudah untuk dilihat dan dikunjungi.

iv)                Warna:
-          Perlulah memilih tema warna yang sesuai dan ceria untuk taska dan tadika bagi membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

v)                  Program dan aktiviti yang berkualiti:
-          Sila pastikan program yang ditawarkan memberi pendedahan yang baik kepada proses awal pendidikan dan pembelajaran kanak-kanak.

vi)                Insuran:
-          Adalah digalakkan taska atau tadika menyediakan skim insurans kepada kanak-kanak dibawah jagaan mereka.

vii)               Fardu Ain @ Iqra’:
-          Sebaik-baiknya taska atau tadika menyediakan program pelajaran asas fardu ain & iqra’.

viii)            Perkhidmatan pengangkutan:
-          Taska atau tadika yang mempunyai perkhidmatan pengangkutan sendiri akan lebih digemari oleh ibu bapa kerana memudahkan mereka.

ix)                Promosi:
-          Promosi yang berterusan adalah sangat penting bagi memastikan bisnes taska & tadika mampu bersaing dan sebagai media informasi kepada para pelanggan.

Melalui tips yang diberikan oleh pengangjur program ini, saya merasakan tips ini amat berguna untuk dikongsi bersama tidak kiralah kepada bakal pengusaha taska dan tadika atau kepada pelajar-pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak yang ingin membuka taska atau tadika kelak. Program-program seperti ini juga memperlihatkan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia kini semakin berkembang seiring dengan negara-negara maju di luar yang amat mementingkan pendidikan ini.

 

             Saya juga telah menjumpai satu lagi bengkel mengenai pembukaan taska dan tadika di laman http://bppmis.com/?page_id=2066 yang bertajuk Bengkel Peningkatan Ilmu dan Kemahiran Pengurusan Pusat Sumber & Tadika.
Minggu            : 7
Hari                 : Jumaat
Tarikh              : 6 Mac 2012
Masa                : 09:00 pm

            Minggu ini saya menghadiri kelas seperti biasa. Di dalam kelas, Puan Afzan membincangkan dengan lebih terperinci lagi mengenai polisi dalam membina sesebuah tadika. Antara perkara yang dititik beratkan dalam polisi penubuhan sesebuah tadika atau taska adalah persekitaran, ibu bapa, guru, pelajar atau kanak-kanak, masyarakat, kontigensi, kesihatan, kemudahan, keselamatan, kurikulum, bayaran, pengurusan dan pengangkutan. Setiap sub topik ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian dan beberapa perkara. Sebagai contonya persekitaran. Persekitaran ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti persekitaran dalam kelas, persekitaran di luar kelas, persekitaran taman permainan, persekitaran dapur dan sebagainya.


                                       Persekitaran di dalam tadika/taska/kelas









        Dalam gambar yang ditunjukkan diatas adalah merupakan antara persekitaran di dalam tadika atau taska. Jika dilihat, persekitaran tersebut mestilah mempunyai kelengkapan pembelajaran yang baik, selamat dan memenuhi keperluan kanak-kanak untuk belajar di dalam kelas. Kanak-kanak memerlukan persekitaran yang baik dan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. persekitaran pembelajaran kanak-kanak mestilah selamat untuk digunakan kerana kanak-kanak mudah terdedah kepada bahaya tidak mengira di mana tempat mereka berada.

                                       Persekitaran di luar tadika/taska/kelas







         Persekitaran di luar tadika juga perlu diambil kira dan diambil berat kerana keadaan ini bagi memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan selamat. Contohnya orang luar tidak boleh masuk ke dalam tadika sesuka hati atau kanak-kanak tidak boleh menyelusup keluar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.


                                         Persekitaran permainan di luar tadika/taska/ kelas




Minggu            : 6
Hari                 : Sabtu
Tarikh              : 31 Mac 2012
Masa                : 09:00 am

            Kelas pengurusan pada minggu ini membincangkan tentang organisasi-organisasi yang perlu ada dalam pengurusan sesebuah tadika atau taska. Sebelum organisasi pengurusan dijalankan di tadika atau taska, kita hendahlah mengkaji dan meneliti setiap maklumat dan komponen yang diperlukan dalam organisasi tersebut. Selepas itu kita boleh membuat draf awal pengurusan pentadbiran di institusi tersebut. Antara jawatan-jawatan yang dikenal pasti dalam menubuhkan sesebuah organisasi terutamanya tadika atau taska ialah board of director, pengarah atau penyelia, accountant, penyelia tahap, health and care, dan transportation. Jawatan-jawatan ini dalam merancang pentadbiran sesebuah organisasi. Setiap bahagian jawatan pula mempunyai sub-sub dibawahnya seperti pembantu kepada bahagian-bahagian jawatan tersebut. Kami telah diberi tugasan dalam menyediakan proposal untuk membuka sebuah tadika atau taska mengikut pilihan kumpulan kami sendiri. Oleh itu jawatan-jawatan ini dalam menjalankan projek tersebut.

            Setiap ahli kumpulan telah diberikan tugas dengan memegang satu jawatan ini dan mereka dikehendaki mengkaji setiap tugas yang perlukan oleh jawatan-jawatan yang ditugaskan kepada mereka. Di bawah ini merupakan rangka jawatan dan carta organisasi tadika kami. 


                                                                              Jawatan 


                                                             
                                                                        Carta Organisasi 




Carta organisasi di atas merupakan rangkaian awal yang dibentuk bagi menubuhkan sesebuah organisasi. Dalam bahagian ini saya telah ditugaskan untuk menguruskan bahagian pengangkutan atau transportation. Oleh itu saya perlu mengkaji dengan terperinci tentang pengangkutan yang boleh digunakan serta keselamatan, kawasan pengangkutan yang disediakan seperti lokasi yang diperuntukkan oleh pengurusan dalam menyediakan pengangkutan ke tadika. Kadar bayaran yang dicadangkan bagi seorang kanak-kanak dan syarat-syarat tertentu bagi membolehkan kanak-kanak menggunakan perkhidmatan ini.

Pukul 6.30 petang, hari Sabtu. Saya baru balik dari discussion dengan kawan-kawan mengenai tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah. Dalam perbincangan tersebut kami ada membincangkan perancangan hendak membina sebuah tadika persendirian. Perbincangan ini termasuklah perbicangan mengenai kurikulum yang bakal digunakan setelah tadika tersebut dilaksanakan nanti. Kami menggunakan 6 komponen untuk dilaksanakan dalam kurikulum yang bakal digunakan ditadika tersebut. Antara komponen yang bakal digunakan adalah komponen pertama bahasa dan komunikasi, komponen kedua pula perkembangan eksplorasi dan ICT, komponen ketiga pula pembelajaran aktif, komponen keempat pula keterampilan individu, komponen kelima pemantapan insaniah dan komponen terakhir adalah ko-kurikulum.

Kurikulum penting dalam pembentukan sesebuah tadika swasta. Keadaan ini kerana ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika swasta pasti mahukan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan perkara pertama yang dititikberatkan oleh para ibu bapa adalah kurikulum yang bakal diajarkan kepada anak-anak mereka. Sebagai contohnya kini terdapat ramai ibu bapa yang mementingkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan mereka. Oleh itu ibu bapa pasti akan mahukan anak-anak mereka boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik walaupun lebih kepada oral sahaja.

Disamping kurikulum yang dititikberatkan oleh ibu bapa. Ibu bapa juga pasti melihat keadaan fasiliti yang digunakan oleh pihak tadika semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Biasanya bayaran bagi kanak-kanak yang mendapatkan pendidikan di tadika swasta agak mahal berbanding dengan premis-premis tadika kerajaan. Dengan bayaran yang mahal pasti akan membuatkan ibu bapa lebih cerewet dalam pemilihan tadika yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ibu bapa pasti melihat tadika itu secara keseluruhan seperti fasiliti yang digunakan, kurikulum, kelebihan tadika seperti kurikulum tambahan, keselamatan, tempat, waktu operasi tadika tersebut dan sebagainya. 
Minggu            : 5
Hari                 : Jumaat
Tarikh              : 23 Mac 2012
Masa               : 09:00 pm

          Rabu, 21 Mac 2012. Hari ini saya menghadiri kelas Madam Puteri seperti biasa. Madam menyambung kembali perbincangan tetang pengurusan tadika dan cara yang boleh dilakukan sebelum membuka sesebuah tadika. Dalam topik yang dibincangkan di dalam kelas saya tertarik dengan satu perkara yang dibincangkan oleh madam iaitu Criminal Bureau Check (CRB), CRB merupakan satu jabatan yang ditubuhkan di negara United Kingdom bagi menjaga kebajikan kanak-kanak. Di Malaysia kita juga mempunyai badan yang memjaga kebajikan kanak-kanak namun apa yang berbeza dengan CRB ini adalah badan ini mempunyai satu akta iaitu Child Minding, Child Minding merupakan akta yang akan memberikan kelulusan bagi penjaga atau child care yang akan menjaga kanak-kanak. Kalau di negera kita ia mungkin dilihat seperti permit dalam menjalankan tugas. Namun begitu Child Minding ini hanya diberikan kepada individu yang hendak menjaga bayi atau kanak-kanak sahaja. Mengambil upah untuk menjaga kanak-kanak dan bayi tanpa child minding akan menjadi suatu kesalahan di sana dan boleh didenda oleh kerajaan.
           
            Child Minding pula mempunyai child minder yang menetapkan satu penjaga bagi 2-3 orang kanak-kanak. Keadaan ini menunjukkan seorang care giver atau penjaga kanak-kanak tidak boleh menjaga kanak-kanak dalam bilangan yang ramai dalam satu-satu masa. Di sana penjagaan kanak-kanak sangat diambil berat kerana mereka sangat mementingkan penjagaan kanak-kanak. Oleh itu akta ini telah dibuat bagi menjaga kebajikan kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak pada peringkat awal sangat penting. Kanak-kanak memerlukan perhatian dan penjagaan yang baik dan sempurna dalam proses mereka mengalami pertumbuhan dan perkembangan dari segi mental, kognitif, fizikal dan sebagainya. Seiring dengan pendidikan yang diamalkan di luar negara, mereka amat mementingkan pendidikan awal kepada kanak-kanak. Sebagai contohnya negara-negara maju di luar negara menetapkan semua penjaga atau care giver yang hendak bekerja dalam bidang ini mesti berkelulusan ijazah manakala guru tadika atau taska mesti mempunyai kelulusan master atau PhD. Keadaan ini menunjukkan negara-negara maju di luar negara sangat mengangkat pendidikan awal di negara mereka dan mereka tidak memandang remeh dengan pendidikan awal ini. 

          Keadaan ini sangat berbeza dengan pendidikan yang diamalkan di Malaysia. Tiada kelayakan minimum ditetapkan bagi menjadi penjaga kanak-kanak atau bayi manakala kelayakan bagi menjadi guru tadika atau taska hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pendidikan awal yang diamalkan di Malaysia menunjukkan jurang yang agak besar dengan pendidikan awal yang diamalkan di luar negara. Namun, kini Malaysia telah mengambil langkah-langkah dalam meningkatkan pendidikan awal di negara Malaysia. Puan Seri Rosmah Mansur yang merupakan isteri kepada perdana menteri Malaysia melihat pendidikan awal merupakan agenda besar yang tidak boleh dipandang remeh. Oleh itu beliau telah menubuhkan pusat PERMATA bagi menjadikan pengurusan kanak-kanak menjadi lebih baik dan berkesan. Beliau juga menetapkan pendidikan awal kanak-kanak haruslah diberikan mengikut silibus yang dibuat khas untuk kanak-kanak seiring dengan pendidikan luar negara yang mempunyai kurikulum khas dalam mendidik kanak-kanak dan bayi. Malaysia juga menetapkan guru-guru tadika dan taska mesti mempunyai sekurang-kurangnya diploma dan ijazah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Penetapan ini dilakukan bagi melahirkan pendidik yang boleh mendidik kanak-kanak mengikut pendidikan yang sebetulnya.   

            Dalam slot yang dibincangkan juga Madam Puteri ada membincangkan tentang perkara yang boleh dilakukan dalam membuka child care center atau pusat asuhan kanak-kanak. Bagi membuka pusat asuhan kanak-kanak bukanlah merupakan satu kerja yang mudah. Pelbagai faktor perlu diambil kira dalam membuka sesebuah pusat asuhan atau pusat didikan awal kanak-kanak, keadaan ini kerana penjagaan kanak-kanak memerlukan perhatian dan tumpuan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak yang besar. Dalam proses membuka tadika atau taska, pengusaha taska perlu mengambil kira objektif, matlamat, kriteria kanak-kanak, kriteria guru yang bakal mengajar di tadika atau taska, kurikulum yang bakal digunakan, tempat yang hendak dibuka taska dan tadika semuanya perlu diambil kira. Keadaan ini sememangnya memerlukan perbincangan, penyelitian, kajian dan sebagainya serta tidak boleh dipandang remeh oleh individu yang hendak membuka tadika atau taska ini.