Monday, 21 May 2012

Minggu     : 11
Hari          :
Tarikh       : 
Masa        :


       Hari ini kelas diteruskan lagi setelah Puan Afzan Maria pulang dari menjalani 'viva' bagi memenuhi keperluan ijazah PhD beliau. Alhamdulillah puan lulus. Hari ini puan memberikan penjelasan yang lebih terperinci lagi mengenai prosedur-prosedur penubuhan tadika iaitu mengenai 'budget' dalam membuka sesebuah tadika. 'Budget' atau lebih dikenali sebagai modal yang diperlukan bagi membuka sesebuah tadika. Antara perkara yang perlu diambil kira adalah sebab belanjawan ini diperlukan bagi membuka tadika seperti belanjawan yang diperlukan untuk membeli peralatan di dalam kelas, bahan bantu mengajar, membayar gaji pekerja dan sebagainya yang berkaitan dengan modal untuk membuka tadika.

           Cara-cara untuk memperolehi modal atau peruntukan belanjawan ini juga dibincangkan dalam kelas. Keadaan ini kerana terdapat badan-badan NGO dan badan-badan kerajaan yang menyediakan peruntukan dan pinjaman bagi membuka sesebuah tadika. Melalui perbincangan ini, saya dapat mengetahui bahawa terdapat belanjawan dan modal yang diperuntukkan untuk membuka sesebuah tadika. Dengan ini akan lebih memudahkan bagi bakal-bakal pengusaha taska dan tadika yang baru dan mahu membuka perniagaan dalam bidang ini. Bab ini juga boleh membantu pelajar dalam membuka dan menguruskan belanjawan dan modal dalam membuka sesebuah tadika atau taska.

            Perbincangan dalam kelas pada hari ini juga diteruskan kepada 'marketing plan'. 'Marketing plan' merupakan perancangan pemasaran bagi tadika yang ditubuhkan. Pemasaran penting dalam mempromosikan tadika yang ditubuhkan. Keadaan ini penting bagi memastikan tadika yang dibuka mendapat tempat dalam pemasaran. Pemasaran boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti menggunakan media cetak, media elektronik, poster, 'banner' dan sebagainya. Sebelum pemasaran dibuat, pengusaha tadika terlebih dahulu perlu mengkaji dan menyelidik pesaing-pesaing yang berada di persekitaran dalam membuka tadika tersebut. 

No comments:

Post a Comment