Minggu : 10
Hari :
Tarikh :
Masa :
Hari ini saya menghadiri kelas Pengurusan Kurikulum Awal Kanak-kanak. Kelas pengurusan pada hari ini membincangkan tentang akta-akta yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam pengurusan kanak-kanak termasukalah pengurusan awal kanak-kanak tidak kiralah dalam pengurusan pembelejaran atau pengurusan harian kanak-kanak. Terdapat pelbagai akta yang diperuntukkan dalam kerajaan untuk pengurusan harian kanak-kanak iaitu seperti akta pengasuhan pada tahun 1984. Akta ini memberi peringatan kepada para pengasuh atau guru awal kanak-kanak bagi mengetahui perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh mereka dalam cara pengasuhan kanak-kanak. Akta ini juga membolehkan para pengasuh dan guru tidak melakukan tindakan yang sewenang-wenangnya terhadap kanak-kanak dalam perlakuan mereka.
Undang-undang mengenai perlindungan terhadap kanak-kanak di Malaysia juga boleh dilihat seawal tahun 1947 dengan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda, Akta Mahkamah Juvana 1947. Akta Perlindungan Wania dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-kanak pada 1991. Walau bagaimanapun, menyedari hakikat bahawa terdapat keperluan untuk mengubah hala tuju konsep perlindungan terhadap kanak-kanak dan juga mengakui bahawa perlunya pembaharuan dalam undang-undang sejajar dengan perkembangan semasa, maka satu akta yang khusus dan komprehensif mengenai kanak-kanak telah digubal dan diluluskan iaitu Akta Kanak-kanak 2001 (selepas ini akan disebut Akta 611) dan telah berkuat kuasa pada 1 Ogos 2002. Tajuk panjang Akta 611 berbunyi:

Suatu Akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Akta 611 merupakan satu Akta yang merangkumi pelbagai isu penting mengenai kanak-kanak. Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta 611 adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapaatau penjaga dalam memelihara kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak, penubuhan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, prosedur perbicaraan, hukuman dan sebagainya.
Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) (selepas ini dirujuk sebagai Akta 611) hanya mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2002, walaupun ia telah diluluskan pada tahun 2001. Akta 611 telah memansuhkan tiga statut yang lain, iaitu Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973, dan telah menggabungkan undang-undang berkenaan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment