Minggu : 8
Hari :
Tarikh :
Masa :
Kini sudah banyak organisasi yang mengadakan kursus bagi seseorang individu membuka taska dan tadika. Dalam saya menyiapkan poster untuk tadika, saya telah menjumpai beberapa laman sosial yang mengenakan perkhidmatan ini. Sebagai contohnya laman ini BENGKEL TASKA TADIKA di http://www.bengkeltaskatadika.com/. Laman ini menyediakan Bengkel Panduan Lengkap Membuka Perniagaan Taska & Tadika. Laman ini dilihat merupakan antara salah satu laman yang menarik untuk dilayari, melalui laman ini pengguna internet boleh mengetahui perkara-perkara yang diperlukan bagi membuka sesebuah tadika atau taska. Antara tips yang dikongsi adalah tips untuk perniagaan taska dan tadika iaitu:
i) Pendaftaran:
- Taska perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tadika berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri. (JPN).
ii) Persekitaran yang bersih dan selamatp:
- Sila pastikan kebersihan kawasan sekitar taska atau tadika pada tahap yang memuaskan.
iii) Lokasi
- Sila pilih lokasi taska atau tadika yang strategik, mudah untuk dilihat dan dikunjungi.
iv) Warna:
- Perlulah memilih tema warna yang sesuai dan ceria untuk taska dan tadika bagi membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
v) Program dan aktiviti yang berkualiti:
- Sila pastikan program yang ditawarkan memberi pendedahan yang baik kepada proses awal pendidikan dan pembelajaran kanak-kanak.
vi) Insuran:
- Adalah digalakkan taska atau tadika menyediakan skim insurans kepada kanak-kanak dibawah jagaan mereka.
vii) Fardu Ain @ Iqra’:
- Sebaik-baiknya taska atau tadika menyediakan program pelajaran asas fardu ain & iqra’.
viii) Perkhidmatan pengangkutan:
- Taska atau tadika yang mempunyai perkhidmatan pengangkutan sendiri akan lebih digemari oleh ibu bapa kerana memudahkan mereka.
ix) Promosi:
- Promosi yang berterusan adalah sangat penting bagi memastikan bisnes taska & tadika mampu bersaing dan sebagai media informasi kepada para pelanggan.
No comments:
Post a Comment